Wednesday, February 17, 2010

AKU DAN ANAK-ANAK











Alhamdulillah..Syukur kehadrat Illahi...sempena kelahiran cahaya mata aku yang kedua...tepat jam 12.30 tghari, pada 27 Januari 2010 di Hospital Sg Buloh, isteri tercinta telah selamat melahirkan anak perempuan aku yg kedua dgn berat 3.01kg, selepas selamat bersalin, dia telah dimasukkan ke wad 6c katil no 4 dan setelah didapati ibu dan anak sihat, isteri aku dibenarkan pulang pada esok petang, keceriaan jelas terpancar dimata isteri aku...almaklumlah menyambut kedatangan orang baru dalam kehidupan kami sekeluarga, yang sangat teruja tentu la si kakaknya MIMI...tak sabar tunggu adik...dari dlm perut lagi..soalan yg selalu ditanya ---'mama bila adik nak keluar???..nanti along nak jaga dia...'

Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang tidak kira penat lelah mereka memberikan sokongan dan bantuan..begitulah hati ibu bapa kita yang tidak ternilai jasanya kepada kita...demi kebahagian anak-anaknya...juga semua kaum keluarga yang memberikan kata-kata semangat pada saat-saat yang amat mendebarkan pada kami, alhamdulilah..selamat semuanya...


ANAK-ANAK PAPA
timang-timang anakku sayang buah hati papa
Jangan marah dan jangan merajuk sayang
tenanglah dikau dalam buaian
Betapalah hati ku riang bila kau hadir dalam hidup papa…
bergurau dan tertawa
Semoga kau jadi orang berguna sayang hati ku
riang gembira sepanjang masa
ooohh… Nurzuyyin Naffissa..sayang hati papa..


Setiap waktu aku berdoa kepada Tuhan Maha Esa
Jika kau sudah dewasa
semoga hidupmu bahagia sentiasa
Timang-timang anakku sayang kasih hati permata papa
Tidurlah… tidur… pejamkan matamu sayang
esok lusa kita bermain kembali
semoga menjadi kakak yg baik…
oohhh… …Nurlidya Syamimi…sayang hati papa juga…