Tuesday, October 2, 2012

Aku Kembali Bersama Cerita Keluarga

Gambar ni..masa Zuyyin berumur lebih kurang 7-8 bulan kot....hihi..saya nak keluarkan gambar lama-lama...


Wednesday, February 17, 2010

AKU DAN ANAK-ANAK











Alhamdulillah..Syukur kehadrat Illahi...sempena kelahiran cahaya mata aku yang kedua...tepat jam 12.30 tghari, pada 27 Januari 2010 di Hospital Sg Buloh, isteri tercinta telah selamat melahirkan anak perempuan aku yg kedua dgn berat 3.01kg, selepas selamat bersalin, dia telah dimasukkan ke wad 6c katil no 4 dan setelah didapati ibu dan anak sihat, isteri aku dibenarkan pulang pada esok petang, keceriaan jelas terpancar dimata isteri aku...almaklumlah menyambut kedatangan orang baru dalam kehidupan kami sekeluarga, yang sangat teruja tentu la si kakaknya MIMI...tak sabar tunggu adik...dari dlm perut lagi..soalan yg selalu ditanya ---'mama bila adik nak keluar???..nanti along nak jaga dia...'

Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang tidak kira penat lelah mereka memberikan sokongan dan bantuan..begitulah hati ibu bapa kita yang tidak ternilai jasanya kepada kita...demi kebahagian anak-anaknya...juga semua kaum keluarga yang memberikan kata-kata semangat pada saat-saat yang amat mendebarkan pada kami, alhamdulilah..selamat semuanya...


ANAK-ANAK PAPA
timang-timang anakku sayang buah hati papa
Jangan marah dan jangan merajuk sayang
tenanglah dikau dalam buaian
Betapalah hati ku riang bila kau hadir dalam hidup papa…
bergurau dan tertawa
Semoga kau jadi orang berguna sayang hati ku
riang gembira sepanjang masa
ooohh… Nurzuyyin Naffissa..sayang hati papa..


Setiap waktu aku berdoa kepada Tuhan Maha Esa
Jika kau sudah dewasa
semoga hidupmu bahagia sentiasa
Timang-timang anakku sayang kasih hati permata papa
Tidurlah… tidur… pejamkan matamu sayang
esok lusa kita bermain kembali
semoga menjadi kakak yg baik…
oohhh… …Nurlidya Syamimi…sayang hati papa juga…






Tuesday, January 12, 2010

AKU DAN KERETA (episod 1)

Pemula bicara....aku nak katakan yang aku ni salah seorang peminat kereta...perlu diingat juga walaupun zaman skrg perbagai kereta jenis dan jenama yang muncul entah ape-ape bentuk yang canggih manggih...tapi aku tetap dgn kereta kesayangan aku....Toyota Corolla AE80 tapi org malaysia panggil kereta ni Toyota LE je...aku mula pakai kereta ni semenjak aku bujang lagi pada 2002 masa tu harga kereta masih mahal lagi....so cari punya cari, aku jatuh cinta pada kereta ni...aku pun beli la dgn duit simpanan aku...harga????...RM12k beb!!! cash n carry..bahasa melayunya Tunai!!!!heheeee....semenjak dari tu la aku sangat sayangkan kereta ni...dan jenama Toyota ni jika ditanya kepada semua org mmg tidak akan mengecewakan tak kira lama atau baru....kereta kau ni kira old scoll juga laaa...umur nya dah masuk 27 tahun beb!! kira remaja laa tu...jadi penjagaannya kena lebih heheheee...alhamdulillah...2010 ni dah dekat 8 tahun aku memandunya kesana dan kesini dgn keluarga aku.....disini aku sertakan gambar dari dulu dan yang terkini kereta ni setelah di up grade......
tayar baru...mencengkam jiwahehehee...

exzos baru...bunyi tak ingat punyee...vvvVVVVvrrommm

masa ni dah setahun pakai...sport rim baru beb!

kereta papa best dan power!!!

the dark brown...jgn sesekali mencabar!! hihii

nak kenal lebih dekat dan cerita tentang kereta ni...tunggu sambungannya nanti....

Video untuk dikongsi bersama...lihat kekuatan enjin toyota.

Monday, January 11, 2010

AKU,HOBI DAN AKTIVITI

Berkaitan dgn hobi dan aktiviti ni sememangnya setiap individu mempunyai hobi tersendiri, bagi diri aku, hobi yang menjadi kegemaran aku ialah melakukan aktiviti outdoor seperti memancing,berkhemah dan lain-lain, disini aku sertakan gambar-gambar dalam koleksi aku untuk tatapan semua
aku dan keluarga

aktiviti berakit di Kuala Lipis, Pahang

best giler....

Hutan lipur, Chamang di Pahang


ada gaya macam national geografi tak??hihi

Taman Negara sudah 3 kali broo....


Aktiviti Konvoi 4x4 Menjejak Banjaran Titiwangsa ke Taman Negara
.

Sunday, January 3, 2010

AKU DAN AZAM TAHUN 2010


Barangkali anda masih mencari-cari apakah azam kewangan anda untuk tahun 2010. Mari saya kongsikan 5 tips untuk anda melakukan sesuatu yang lebih baik pada tahun 2010

1. Saya akan menggunakan 1 kad kredit sahaja
Sekiranya anda mempunyai 5 kad kredit, anda akan
mengeluarkan lebih banyak duit. Sedangkan anda sebenarnya masih boleh hidup dengan 1 kad kredit.
Sebelum ini, sekiranya anda seorang yang berdisiplin, 10 kad kredit pun tidak mengapa. Tetapi anda akan “membuang” lebih kurang RM 500 setahun hanya untuk membayar cukai untuk 10 kad kredit anda selepas ini.
Jadi anda perlu merancang kembali penggunaan kad kredit anda.

2. Saya akan tambah jumlah simpanan bulanan saya
Sekiranya anda sudah berjaya mendisiplinkan diri untuk
simpanan setiap bulan, barangkali 10% dari gaji, apa kata anda tambah 2.5% lagi pada tahun ini menjadi 12.5%.
Mari kita buat kira-kira. Sekiranya pendapatan tahunan anda adalah RM 60,000 maka dengan hanya menambah 2.5%, maka anda akan dapat menyimpan sebanyak RM 7,500 berbanding RM 6,000 sahaja.

3. Saya akan beli 1 buku berkaitan bisnes, pengurusan kewangan dan pelaburan setiap bulan
Ya. Sudah tentu anda boleh mendapat tips percuma dari
beberapa blog berkaitan lagi di internet. Tetapi masih ramai yang tidak memberikan tips percuma di internet seperti saya.
Ada banyak lagi ilmu-ilmu pengurusan kewangan yang anda boleh dapat dengan membaca. Saya sendiri tidak mampu menulis semua topik, semua bab, dan menulis semua yang saya tahu dalam blog ini.

4. Saya mesti bina aset saya sendiri
Ramai yang saya lihat hari ini ada hobi tersendiri. Tetapi tidak ramai yang membina aset dari hobi tersebut. (Untuk anda yang baru membaca blog saya, aset yang saya maksudkan adalah sesuatu yang membuatkan poket anda kembung!)
Anda boleh menjual barang di Ebay. Anda boleh membina minisite jualan sendiri. Anda boleh menulis buku. Anda boleh menulis lirik lagu. Anda boleh mengajar
how to breastfeed anak kepada bakal-bakal ibu. Anda boleh menjadi jurugambar. Anda boleh jual tudung Ekin. Anda boleh mulakan portfolio hartanah anda. Anda boleh … (sila isikan tempat kosong sendiri)
Sekiranya anda sudah bina pada tahun lepas dan berjaya, ulang sahaja resipi kejayaan anda atau tambah satu lagi aset baru yang berlainan jenis. Selagi mana aset itu halal, buat sahaja.
Kalau sudah bermula, tetapi masih belum belum berjaya, jangan berputus asa.

5. Saya mesti gunakan produk kewangan yang halal
Baik akaun simpanan, akaun semasa, akaun pelaburan. Dan pelbagai akaun lagi termasuk
kad kredit, sila lah berhijrah ke produk yang halal. Produk yang mempunyai pengesahan halal dari pihak mempunyai autoriti untuk membuat pengesahan tersebut.
Saya tidak mengatakan apabila anda guna produk kewangan halal sahaja, anda terus boleh jadi jutawan. Bukan begitu. Cuma ada beberapa kisah benar, dulu hidup mereka “sempit”. Bukan tidak berduit. Ada duit, bergaji besar. Tetapi masih tidak lapang pintu rezekinya. Hati sentiasa berkeluh kesah dan tidak tenang. Lalu satu hari dibukakan hati untuk berhijrah menggunakan produk kewangan Islam, dan lama kelamaan mereka tidak lagi berasa “sempit” dan gundah gulana, hati sudah menjadi tenang. Kalau dirasakan tidak cukup rezekinya, entah macam mana akhirnya tetap menjadi cukup.
Itu kerja Allah swt. Sebab dalam Islam ada konsep suci dan berkat.
Hm.. saya rasa saya perlu tambah lagi 2 tips. Tips yang istimewa

1. Saya wajib berhenti merokok
Harga rokok semakin mahal. Kalau gaji anda setiap tahun bertambah mahal juga tidak mengapa. Tetapi saya harap anda bukan tergolong dalam golongan yang mengutamakan kepuasan merokok dari kualiti hidup anak-anak dan keluarga.
Kadang-kadang saya berasa pelik, kenapa duit merokok boleh sentiasa ada setiap bulan tetapi untuk menyimpan ada sahaja alasannya.

2. Saya mesti daftar haji tahun ini juga
Salah satu syarat haji mesti ada keupayaan. Antaranya keupayaan kewangan untuk pergi dan balik, juga untuk perbelanjaan tanggungan yang ditinggalkan di tanah air.
Saya fikir tidak kena kalau selama ini kita berfikir ingin tambah duit sahaja tetapi terlupa untuk bertindak bagi membolehkan naik haji. Banyak tempat di dunia ini kita sudah pergi, tetapi dengan sengaja kita melambatkan pula urusan haji sedangkan sudah mampu.
Daftar haji tahun ini bukan tahun depan boleh terus pergi. Silap haribulan, 10-15 tahun lagi baru anda dipanggil. Kalau sudah mampu, tapi masih belum daftar haji, sekali sudah ‘padam’ dulu… amacam?
Semoga saya dapat membantu anda untuk membina azam kewangan tahun 2010

(Artikel ini saya dapat dari rakan untuk dikongsi bersama)

AKU DAN KEDIAMAN

Alhamdulillah....kami sekeluarga telah pun berpindah kerumah baru di Taman Saujana Rawang, Bandar Country Home, Rawang, Selangor., aset yang sangat bernilai untuk aku dan keluarga membina kehidupan yang lebih selasa untuk masa hadapan bersama isteri dan anak-anak nanti..)


(baju merah tu puteri sulung aku..mimi..
semasa dalam proses akhir....

ruang tamu...

Wednesday, December 30, 2009

AKU DAN KEHIDUPAN

Assallamualaikum...
Alhamdulilah...dapat juga aku mencipta blog aku sendiri....semoga dgn adanya blog ini...dapat aku memberikan segala input berkaitan kehidupan aku ini...tak tahu bagaimana nak mula cuma aku boleh letak gambar aku disamping isteri yang tercinta Ruzana Rabuzin dan anak Nurlidya Syamimi 6 Tahun...insyallah bulan Januari ini aku akan menerima orang baru (baby) dalam hidup kami sekeluarga...